suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Indonesia Tamatkan Khidmat Penerbangan Bali-KK

KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia akan menamatkan perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu Bali-Kota Kinabalu (KK) berkuat kuasa 23 Jun, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata ia disebabkan pertumbuhan pasaran yang tidak berkembang dan ketidakcekapan perolehan bagi mengimbangi kos.

"Kos operasi juga meningkat dengan agak ketara bagi operasi AirAsia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan penamatan perkhidmatan berkenaan, syarikat penerbangan tambang rendah itu akan menawarkan tiga pilihan kepada pelanggan yang terjejas, menurut AirAsia.

Pertama, pelanggan boleh menjadualkan semula perjalanan mereka dengan penerbangan sebelum atau pada 21 Jun, 2016, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk, menurutnya.

"Mereka juga boleh memilih untuk 'creditshell' yang boleh digunakan sebagai pembayaran bagi pembelian mana-mana tiket AirAsia atau barangan, yang sah selama enam bulan atau 180 hari dari tarikh terbitan," menurut syarikat itu.

Selain itu, AirAsia turut menawarkan pengembalian wang sepenuhnya daripada jumlah yang sama dengan tempahan pelanggan.-- Bernama



Bali-KK, AirAsia

Artikel Lain