suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Tawar Tambang Promosi Untuk Laluan Ke Sarawak

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada serendah RM49 bagi penerbangan ke Sarawak.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, AirAsia berkata, laluan terlibat termasuk Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu ke Kuching dan dari Kuching ke Miri, Bintulu dan Sibu.

"Tempahan boleh dibuat dalam talian di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia mulai sekarang sehingga 8 Mei 2016," katanya dengan menambah, penumpang boleh membuat perjalanan segera.

Ketua Komersil, Spencer Lee berkata, tambang promosi itu sempena kempen 'Eksesais Penerbangan Anda Untuk Mengundi' yang menawarkan tambang rendah kepada rakyat Sarawak untuk pulang dalam tempoh pilihan raya negeri itu.

"Kami berharap setiap orang akan mengambil peluang daripada promosi ini dan menunaikan hak mereka untuk mengundi," katanya. - BERNAMA


AirAsia, Sarawak, tambang murah

Artikel Sebelum

Artikel Lain