suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MNRB Anjur 'MNRB Ringgit Savvy' Sempena MSAM 2016

TAPAH: MNRB Holdings Bhd (MNRB), syarikat pegangan pelaburan dan subsidiari Permodalan Nasional Bhd (PNB) menganjurkan 'MNRB Ringgit Savvy' bagi memberi pendedahan awal kepada murid sekolah mengenai aspek menabung serta pengurusan wang.

Program berkenaan diadakan untuk kira-kira 400 murid Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 yang berlangsung di Stadium Mini Tapah, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Mohd Din Merican berkata 'MNRB Ringgit Savvy' merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

"Kami berharap aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi keseronokan, malah dapat mendidik murid supaya bijak menguruskan hal berkaitan kewangan.

"Menerusi program ini, murid sekolah diperkenalkan dengan aktiviti permainan berkonsepkan 'Snake and Ladder', yang mengajar mereka mengenai asas pengurusan wang," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Sementara itu, bagi menyemat sikap menabung dalam kalangan murid sekolah, MNRB turut menyumbang sebuah mural berkonsepkan 'Menabung Amalan Mulia' pada dinding utama di sekolah tersebut.

MSAM 2016 merupakan program pendidikan pelaburan tahunan yang dianjurkan PNB sejak 2000 bermatlamat mendidik masyarakt tentang pelaburan dan perancangan kewangan.

Sejak dianjurkan, MSAM telah menarik penyertaan lebih tiga juta pengunjung dari seluruh negara.

MSAM, MNRB, PNB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain