suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Modenas-Kawasaki Meterai Transaksi Bernilai RM79.98 Juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat DRB-Hicom Bhd, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), memeterai transaksi berulang dengan pihak berkaitan (RRPT) dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd bernilai RM79.98 juta.

DRB-Hicom berkata jenis transaksi itu termasuk penyediaan sokongan teknikal, pembayaran royalti dan bekalan komponen Unit Terurai Untuk Dipasang (CKD) untuk motosikal oleh Kawasaki kepada Modenas serta bekalan komponen kepada Kawasaki oleh Modenas.

"RRPT yang dimeterai oleh Modenas adalah perlu untuk operasi harian dan dalam urusan perniagaan Modenas. 

"RRPT itu dimeterai atas terma komersial biasa yang tidak lebih memihak kepada pihak berkaitan berbanding secara umumnya boleh didapati untuk orang ramai," menurut DRB-Hicom dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.-- Bernama


Modenas, Kawasaki

Artikel Lain