suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunway Dipilih Syarikat Modal Sederhana Terbaik Malaysia

KUALA LUMPUR: Sunway Bhd terpilih sebagai Syarikat Bermodal Sederhana Terbaik di Malaysia oleh pelabur global dalam senarai tahunan Syarikat Terbaik Asia 2016 FinanceAsia.

"Kami sangat gembira diiktiraf oleh komuniti pelaburan global atas keupayaan kepimpinan pasukan pengurusan kanan kami dan komitmen kepada tadbir urus korporat," kata Ketua Pegawai Kewangan Sunway, Chong Chang Choong dalam satu kenyataan, Rabu.

Beliau berkata firma itu akan terus memelihara hubungan kukuh dengan pemegang kepentingannya melalui amalan perniagaan terbaik untuk menyampaikan strategi perniagaan, pemacu nilai dan cabaran.

Undian Syarikat Terbaik FinanceAsia dijalankan setiap tahun sejak 16 tahun lepas, untuk mendapatkan pandangan daripada komuniti pelaburan global mengenai syarikat tersenarai di Asia yang dianggap terbaik.

Sunway, diasaskan oleh pengerusinya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, merupakan kumpulan pembinaan dan hartanah terkemuka di Malaysia dengan 12 bahagian perniagaan yang kukuh di 50 lokasi seluruh dunia.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain