RM800 Juta Tuntutan Semula GST Tidak Dibayar Kerana Diragui - Niaga | mStar

RM800 Juta Tuntutan Semula GST Tidak Dibayar Kerana Diragui

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM800 juta tuntutan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dibayar kepada pemohon setakat ini kerana terdapat maklumat diragui dan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata perkara itu adalah antara faktor tuntutan semula GST tidak dapat dibayar dalam tempoh 14 hari mengikut prosedur ditetapkan.

"Walaupun pada April tahun lalu jumlah permohonan yang berjaya diproses dalam masa 14 hari meningkat kepada 66.6 peratus pada Disember, namun masih terdapat halangan dalam pelaksanaan proses bayaran balik GST kepada syarikat-syarikat pemohon," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai proses penebusan balik wang hasil kutipan GST yang didapati mengambil masa selama tiga bulan dan tindakan kementerian bagi mengatasi masalah itu.

Mengulas lanjut, Chua berkata selain itu, faktor syarikat tidak dapat dihubungi selepas tujuh hari daripada tarikh pengeluaran notis untuk pengesahan lanjut, tiada maklum balas daripada pemohon kepada 'pertanyaan' daripada pihak Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dan maklumat perbankan yang tidak lengkap juga antara sebab tuntutan lambat atau tidak dapat diproses.

Chua berkata terdapat dua tempoh proses tuntutan balik GST iaitu 14 hari bekerja bagi tuntutan secara dalam talian melalui sistem MyGST dan 28 hari bekerja bagi tuntutan secara manual atau serahan tangan.

Beliau berkata beberapa prosedur terlibat telah ditambah baik termasuk mempercepatkan proses pembayaran balik bagi kes permohonan yang lengkap dan meningkatkan bilangan pegawai terlibat untuk memproses tuntutan.

Selain itu, katanya semakan berasaskan profil risiko ke atas syarikat terlibat dilaksanakan bagi mengelakkan tuntutan palsu.

Artikel Sebelum

FGV Lantik Presiden/Ceo Baharu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain