suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TNB Penerima Pertama Pensijilan ISO 55001:2014:

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerima pensijilan ISO 55001:2014 Pengurusan Aset Sistem-sistem Pengurusan  Keperluan, menjadikannya organisasi pertama di Malaysia mendapat pensijilan tersebut.

Dalam kenyataan pada Selasa, TNB berkata pensijilan tersebut turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Pensijilan ini merupakan piawaian antarabangsa dari aspek amalan dan pengurusan aset secara sistematik dan terancang yang merangkumi prestasi, risiko dan perbelanjaan sepanjang kitaran jangka hayat sesebuah organisasi.

Ia melibatkan audit Ibu Pejabat Bahagian Penjanaan dan tiga buah stesen janaelektrik iaitu Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar, Port Dickson, Negeri Sembilan; Stesen Janaelektrik Gelugor, Pulau Pinang; dan Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu.

"Keberkesanan pelaksanaan amalan selama dua tahun ini telah membuktikan TNB mencapai prestasi piawaian antarabangsa dengan pengurangan peratusan gangguan bekalan elektrik dan peningkatan peratusan persediaan walaupun purata aset TNB telah berusia lebih 20 tahun," katanya.

TNB, ISO 55001:2014:

Artikel Berikut

Artikel Lain