suria

Ramly Memeterai Perjanjian Dengan Bank Untuk Bina Kilang

Ramly Mokni

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Ramly Group, Ramly Food Industries Sdn Bhd, pada Selasa menandatangani perjanjian dengan dua bank untuk pembiayaan bersindiket bernilai RM274 juta bagi tujuan mendirikan sebuah kompleks kilang yang baharu di Klang.

Kilang dengan mesin automatik itu akan dibina di Taman Perindustrian Halal Hab di Pulau Indah Klang.

Bank-bank tersebut adalah Agrobank dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

Pengarah Urusan Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata kilang itu akan dibina di atas tanah seluas 8.5 hektar, serta mengandungi sebuah kilang pengeluaran, logistik halal, depot penyimpanan beku dan kering, jabatan pembangunan, pusat latihan serta penyelidikan.

"Saya menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua bank dalam membantu syarikat Bumiputera seperti Ramly untuk mencapai kemajuan dalam  industri pemprosesan halal toyibban (Makanan yang bersih, baik dan selamat) di dalam negara dan pasaran antarabangsa," katanya.

Ramly berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian tersebut, dengan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kompleks tersebut akan dibina dalam tiga fasa dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion dan dijangka siap pada akhir 2017.

Ramly Food, Bank Pembangunan

Artikel Lain