suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Tawar Tambang Istimewa Sempena Merdeka

KUALA LUMPUR: AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah utama Malaysia, menawarkan tambang sehingga serendah RM29 ke destinasi domestik bagi perjalanan sehala bermula 1 Feb hingga 26 Mei 2016, di bawah promosi jualan Merdeka.

AirAsia dalam kenyataan pada Ahad berkata ia turut menawarkan tambang serendah RM109 bagi perjalanan sehala ke destinasi antarabangsa bagi tempoh yang sama.

Di bawah kempen itu, tambang bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Terengganu, Alor Setar dan Kota Baharu ditawarkan pada harga daripada RM29+ manakala ke Kuching daripada RM89+.

Selain itu, ia juga menawarkan tambang bermula daripada RM109+ ke Pattaya, Thailand; Goa, India daripada RM199+ dan Maldives daripada RM299+ serta tambang kompetitif ke destinasi lain di seluruh ASEAN.

Tempahan promosi tambang berkenaan boleh dibuat bermula esok sehingga 30 Ogos 2015 di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bagi peranti Android dan iPhone di mobile.airasia.com.

AirAsia, Merdeka

Artikel Berikut

Artikel Lain