suria

Harga Minyak Mentah Mungkin Turun Kepada AS$45 Setong - Fernandes

Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah dunia mungkin turun di bawah AS$45 setong, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

"Minyak Brent susut AS$1.65 kepada AS$47.16. Diunjurkan AS$45 (setong).

Mungkin turun lebih rendah," katanya dalam tweet beliau.

AirAsia mengunjurkan AS$160 juta penjimatan kos tahun depan hasil daripada penurunan harga minyak mentah apabila lindung nilai kumpulan itu tamat pada 2015, katanya pada Selasa.

Minyak merupakan komponen utama kos syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Bagi keputusan kewangan AirAsia X yang menyaksikan keuntungan sebelum cukainya yang semakin meningkat, Fernandes dalam tweeternya berkata:"suku akhir yang buruk.

"AirAsia X model hebat. Muatan baik. Hasil meningkat. Kapasiti turun. Sangat bernilai tinggi. Kini murah."

Keuntungan sebelum cukai syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat daripada RM162 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2015 berbanding  RM132.3 juta tahun lepas.

Hasil sebanyak RM653 juta, turun tiga peratus daripada RM672 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat itu berkata, pengurangan hasil penerbangan berjadual berpunca daripada faktor muatan yang rendah selepas aktiviti pemasaran dihentikan, penularan wabak sindrom pernafasan Asia Barat (MERS) dan Korea Selatan dan bencana gempa bumi di Kathmandu.

-- Bernama
minyak mentah, Tony Fernandes, Brent

Artikel Lain