suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nippon Lancar Cat Baharu Bagi Melindungi HFMD & H1N1

SHAH ALAM: Nippon VirusGuard, formula cat baharu bagi melindungi daripada Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta virus H1N1,  boleh didapati di pasaran bulan depan.

Dihasilkan Nippon Paint Malaysia (Nippon Paint), cat itu yang dibangunkan dengan 'Teknologi Ion Perak', adalah yang pertama seumpamanya yang mempunyai salutan antivirus dan antibakteria bagi mencegah pertumbuhan virus dan bakteria di atas permukaan yang dicat.

"Nippon VirusGuard boleh membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit seperti HFMD dan H1N1.

"Cat kebersihan berasaskan air itu mencegah pertumbuhan mikroorganisme dengan menggunakan sistem pelepasan ion terkawal, di samping bau yang rendah dengan sedikit Sebatan Organik Meruap," kata Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint, Yaw Seng Heng.

Beliau berkata demikian di pelancaran cat baharu itu di Bukit Jelutong di sini, Rabu.

Seng Heng berkata, Nippon Paint juga sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk menghasilkan cat dinding antinyamuk bagi memerangi denggi, masalah yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Sementara itu, Profesor Bersekutu, Dr Chan Yoke Fun dari Jabatan  Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Univeristi Malaya berkata, cat Nippon VirusGuard boleh membantu mengurangkan penyebaran HFMD, penyakit yang sering berlaku di Malaysia yang menyebabkan penutupan berkala pusat penjagaan kanak-kanan dan taska.

Beliau berkata, perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan 13,497 kes HFMD dilaporkan di antara Januari hingga April 2015, peningkatan 83 peratus berbanding 7,368 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.-- Bernama

Nippon, HFDM, H1N1

Artikel Berikut

Artikel Lain