suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Mulakan Penerbangan Tiga Kali Seminggu Ke Goa

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan tiga kali seminggu antara Kuala Lumpur-Goa mulai 27 Ogos.

Ini merupakan laluan kedua ke India yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan tambang rendah itu tahun ini selepas sektor Kuala LumpurVisakhapatnam pada Mac.

"Kini menunggu penerbangan pertama kami bagi laluan Kuala Lumpur-Goa pada  27 Ogos," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes menerusi tweetnya.

Beliau turut mengumumkan dua tempat duduk percuma untuk tweet terbaik dengan hastag, #airasiagoa.

Goa negeri India di Pantai Barat India dan menghadap Laut Arab, masih mengekalkan ciri-ciri penjajah Abad ke-16 selain seni bina Warisan Dunia.

AirAsia

Artikel Lain