suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malindo Air Tawar Tiket Rendah Sempena Cuti Sekolah

KUALA LUMPUR: Malindo Air menawarkan tiket berharga rendah bagi penerbangan destinasi domestik dan antarabangsa bersempena cuti sekolah dari 22 November ini hingga 5 Januari tahun depan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata, tambang domestik sehala meliputi semua pada harga serendah RM89 ke Langkawi, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Alor Setar.

Untuk penerbangan antarabangsa ke New Delhi, Kochi, Jakarta, Bali, Bangkok dan Singapura pula tambang sehala merangkumi semua bermula RM109, katanya.

Katanya, tempahan untuk perjalanan semasa cuti sekolah ini boleh dibuat bermula hari ini hingga 23 November.

Chandran berkata kali ini syarikat penerbangan itu menawarkan lebih banyak destinasi berbanding tahun lepas.

"Pelanggan kami juga boleh melayari Malindo Holidays, portal percutian yang kami lancarkan minggu ini bagi mempermudah tempahan penerbangan dan hotel," katanya.


Malindo Air, cuti sekolah

Artikel Berikut

Artikel Lain