suria

MHupgrade: Produk Baharu MAS Untuk Naik Taraf Tempat Duduk

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan pelanggannya peluang menaik taraf tempat duduk mereka dengan menentukan harga mereka sendiri menerusi produk terbaharunya, MHupgrade.


Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, MHupgrade berasaskan kepada unjuran tempat duduk kosong yang boleh didapati di Kelas Pertama dan Perniagaan bagi pelanggan yang menyerahkan tawaran mereka menerusi laman web syarikat.

"Pelanggan dengan tiket kelas Ekonomi atau Perniagaan yang telah disahkan akan menerima emel daripada Plusgrade dalam tempoh 24 jam selepas pembelian mereka daripada syarikat penerbangan itu yang memaklumkan kepada mereka kerusi yang tersedia dalam kelas lebih tinggi seterusnya.

"Pelanggan dipelawa untuk menyerahkan tawaran yang boleh dibuat menerusi sistem MHupgrade," kata MAS.

"Sila buat tawaran kepada kami dan kami hanya akan mengenakan bayaran apabila pembidaan anda berjaya. Tidak akan ada kos pengenalan dan mereka yang tidak berjaya menaik taraf tiket tidak akan dikenakan bayaran," kata Pengarah Komersil Malaysia Airlines, Dr Hugh Dunleavy.

Pelanggan boleh memeriksa kelayakan mereka bagi MHupgrade menerusi www.malaysiaairlines.com > Plan > MHupgrade dengan memasukkan rujukan tempahan MAS mereka dan nama keluarga dalam kotak "Check Eligibility".

Pelanggan yang layak akan ditunjukkan skrin penyerahan tawaran. 


MAS, MHupgrade, tempat duduk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain