suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Dapat Kebenaran SC Terbit Sukuk

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menerbitkan Program Sukuk Mudarabahnya.

Kelulusan itu diberikan dengan syarat ia mematuhi keperluan ditetapkan dalam pelaksanaan Program Sukuk Mudharabah sebagaimana disyaratkan di bawah garis panduan suruhanjaya itu, kata AirAsia dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

"Hasil daripada Program Sukuk Mudharabah itu akan digunakan untuk tujuan patuh Syariah termasuk pembiayaan perbelanjaan modal diperlukan oleh AirAsia dan pembiayaan semula kemudahan perbankan diberikan kepada penerbit," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Ia memberi mandat kepada AmInvestment Bank Bhd sebagai penasihat, penyelaras dan pengurus utama dan ejen kemudahan untuk program sukuk itu.

AirAsia, Suku, Bursa Saham

Artikel Berikut

Artikel Lain