suria

Projek Terowong Bawah Tanah: SPRM Serbu 7 Pejabat

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat empat agensi kerajaan negeri dan tiga syarikat di Pulau Pinang yang terlibat mengemukakan kertas cadangan projek terowong bawah tanah.

Sumber yang maklum berkaitan siasatan itu berkata, agensi itu menyerbu pejabat Jabatan Kerja Raya, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Jabatan Perkhidmatan Harta di negeri itu.

Tiga lagi syarikat yang diserbu adalah pembangunan hartanah dan pembinaan.

Dipercayai serbuan itu susulan laporan yang dibuat Naib Presiden Parti Cina Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Huan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada Jumaat lalu.

Beliau turut menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM, yang didakwa mengandungi bukti dakwaan rasuah melibatkan projek kontroversi terowong bawah tanah itu.

SPRM, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain