suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Indonesia Maut Dipercayai Ditikam Rakan Senegara Akibat Cemburu

Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI (Johor): Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai ditikam rakan senegaranya dalam satu pergaduhan di Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai, dekat sini, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan cemburu antara mangsa berusia 35 tahun itu dengan suspek.

"Kami segera ke tempat kejadian apabila mendapat panggilan orang awam pada pukul 9 malam.

"Setelah sampai di sana, kami mendapati seorang lelaki terbaring terlentang dengan kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai kesan tikaman senjata tajam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini Selasa.

Noor Hashim berkata pihaknya segera menjejaki suspek di sekitar kawasan kejadian dan berjaya menangkap enam lelaki warganegara Indonesia sekitar 12.15 tengah malam hingga 1 pagi Selasa (5 Januari).

Kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 36 tahun itu direman mulai Selasa sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

Beliau berkata pihaknya masih giat memburu seorang lagi lelaki warga Indonesia yang berusia 30 tahun yang dipercayai merupakan suspek utama kes berkenaan. - BERNAMA

tikam, maut, Indonesia

Artikel Lain