suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Senjata Api, 173 Peluru Dijumpai Di Tanduo

LAHAD DATU: Tujuh laras senjata api dan 173 peluru hidup dijumpai oleh sepasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan rondaan 'Ops Taring' di kawasan Tanduo di Felda Sahabat, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata senjata api dan peluru tersebut ditemukan di dalam sebuah karung dalam keadaan tertanam dalam tanah pada 1 tengah hari.

Katanya jentera pengorek digunakan untuk mengeluarkan karung mengandungi lima pucuk pistol berserta tiga kelopak, dua laras M14 berserta dua kelopak, 173 butir peluru hidup dan satu gari.

"Anggota PGA dari Komtek Sahabat 16 dan Pos Tanjung Labian menemui senjata api dan peluru tersebut," katanya di sini, Selasa.

Hamzah berkata semua barang tersebut telah diserahkan ke Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat untuk tindakan. - BERNAMA

PGA, Kampung Tanduo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain