suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Bapa Dipercayai Dera, Cabul Anak

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai mendera dan mencabul anak perempuannya berusia sembilan tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR Sungai Besi) di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek berusia 41 ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sedangkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

 "Lelaki itu mendakwa anaknya telah hilang dan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas kira-kira pukul 11.30 pagi bersama jirannya sebelum membuat laporan polis pada Ahad lepas.

"Siasatan awal mendapati anaknya telah dihantar ke hospital itu Khamis lepas oleh jirannya selepas mengesyaki mangsa telah didera.

"Pemeriksaan perubatan mendapati wujud beberapa kecederaan antaranya kesan lebam di bahagian peha kiri selain tanda-tanda mangsa dicabul. Berikutan itu, laporan polis dibuat dan bapa kanak-kanak itu ditahan," katanya kepada pemberita, Rabu.

Khairi berkata, suspek ditahan reman selama lima hari dan kes telah disiasat berdasarkan peruntukkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (penderaan ke atas kanak-kanak) dan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).
cabul, dera, PPR Sungai Besi

Artikel Sebelum

Artikel Lain