suria

Zambry jamin bela nasib kaum India di Perak

MENTERI Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir (dua, kanan) beramah mesra dengan penganut agama Hindu yang datang untuk menyambut perayaan Thaipusam di Kuil Arul Migu Subramaniar dekat Ipoh hari ini. Selepas hadir di majlis sambutan berkenaan Zambry bercakap pada pemberita bahawa kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri Barisan Nasional. - fotoBERNAMA

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi jaminan nasib orang India di negeri ini akan terus dibela walaupun kaum itu tidak mempunyai wakil daripada Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri BN.

"Walaupun tidak ada wakil kaum India. Namun dijamin semuanya akan dijaga dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis sambutan Thaipusam di Kuil Arulmigusubramania, Gunung Cheroh, di sini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai pertimbangan yang diambil oleh kerajaan negeri BN yang tidak mempunyai wakil kaum India dalam pembentukan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru, yang dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Selasa ini.

Terdahulu, Zambry yang diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Pengerusi MIC Perak Datuk G. Rajoo tiba di kuil itu pukul 8.30 pagi, telah meluangkan masa selama lebih 40 minit beramah mesra dengan penganut Hindu yang menyambut Thaipusam.

Dalam ucapan ringkas, Zambry menegaskan kepentingan semua kaum untuk terus bersatu padu bagi menjaga keamanan negara selain komitmen kerajaan BN untuk menjaga kepentingan semua pihak.

"Mari kita kembali bersatu, buang perkara yang tidak bawa kebaikan," katanya.

Sebagai bukti segera komitmen BN, beliau turut mengumumkan bahawa peruntukan RM100,000 akan diberikan kepada kuil Hindu itu untuk menjalankan aktivitinya termasuk aktiviti keagamaan seperti meraikan Thaipusam.

Sementara itu, Murugiah yang juga bekas ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) berkata parti itu tidak akan meminta sebarang jawatan daripada kerajaan negeri BN memandangkan hal ehwal kaum India telah diperuntukkan di bawah bidang kuasa seorang timbalan menteri dalam kerajaan persekutuan.

"Kita tak mahu tekan. Apa yang penting bentuk kerajaan dulu," kata Murugiah yang percaya Zambry akan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan nasib semua kaum dijaga.

Rajoo pula berkata tiga nama telah dihantar kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan selaku speaker Dewan Undangan Negeri bagi mewakili kaum itu.

Beliau yang enggan mendedahkan nama yang disenaraikan berkata kerajaan negeri juga boleh melantik wakil kaum India bagi jawatan yang setaraf dengan Exco kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan kaum itu.

"Kita harap perkara ini akan ditimbang sebaiknya," katanya.

Perayaan Thaipusam berjalan dengan meriah di sini dengan penganut agama Hindu membawa kavadi dan berarak ke beberapa kuil utama di negeri ini, sekalipun situasi politik dicemarkan dengan insiden tunjuk perasaan sejak beberapa hari lepas.

Demonstrasi itu disertai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan itu telah tumbang apabila empat wakil rakyatnya keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain