suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calon Ulama Umno Hanya Untuk Raih Undi - Adun Wakaf Bharu

Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Datuk Che Abdullah Mat Nawi

KOTA BHARU: Jika Umno memilih golongan ulama sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), ia hanya bertujuan untuk meraih sokongan pengundi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Beliau berkata, Umno jika benar menjadikan ulama sebagai calon mereka maka golongan itu hanya digunakan pada musim pilihan raya.

"Ulama ini bukan setakat pada musim pilihan raya tetapi (mereka) berjuang dalam Islam dari budak-budak, yang bersekolah, pelajar dan mahasiswa sehingga kepada mereka yang sudah tua.

"Mereka (ulama) beristiqamah dan mengajar orang ramai supaya mengikut sunnah-sunnah Rasullah S.A.W," katanya pada ceramah PAS di Kampung Kebakat di Wakaf Bharu dekat sini.

Beliau berkata demikian mengenai hasrat Umno ingin meletakkan calon di kalangan ulama pada pilihan raya umum akan datang.

Che Abdullah berkata, golongan ulama sepatutnya diberi keutamaan untuk kepentingan masyarakat Islam dan bukan hanya meraih undi pada PRU-13 semata-mata. "Ulama Umno ini hanya untuk musim pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Pada ceramah itu turut diperkenalkan buku karya Che Abdullah sendiri yang bertajuk "Judi atau Royalti" dan disifatkan sebagai 'hadiah' untuk rakyat Kelantan sempena PRU-13.

Che Abdullah menewaskan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 660 undi pada pilihan raya umum 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain