suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asam Pedas Daging Tetel Hajah Mona

Bahan-bahan:

1kg daging & bahagian lemak

1 sudu besar lada hitam (kisar)
1 sudu besar jintan putih (kisar)
1 sudu besar jintan manis (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu kerisik
1 mangkuk air asam jawa
2 genggam cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
5 helai daun limau
2cm lengkuas
5 batang serai
5 sudu minyak masak

Cara Penyediaan:

1- Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga garing.

2- Masukkan cili, tunggu hingga garing. Masukkan sedikit air.

3- Masukkan lada hitam, kunyit, jintan manis, jintan putih, serai, lengkuas dan daun limau. Kacau.

4- Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk/lembut.

5- Masukkan air asam jawa dan kerisik.

6- Tunggu hingga mendidih dan asam pedas daging tetel sedia untuk dihidangkan.

Resipi sumbangan: Restoran Asam Pedas Hajah Mona, Melaka

Artikel Sebelum

Milk Shake

Artikel Berikut

Artikel Lain