suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasi Ulam Utara

Gambar Hiasan

Bahan:

Masak nasi dan biarkan ia sejuk.

Udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus. 

Ikan masin juga digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.

Kerisik seeloknya yang dibuat sendiri juga ditumbuk kasar.

Halia, lengkuas, serai (kisar sampai halus, kalau boleh kisar berasingan).

Cili padi dan lada hitam (ditumbuk mengikut tahap kepedasan diinginkan). 

Belacan dibakar dan ditumbuk bersama garam untuk perasa.

Bawang besar dimayang halus.

Limau kasturi atau asam jawa ikut kesesuaian citarasa.

Ulam dibersihkan, digulung dan dihiris halus.

Ulaman dan kuantitinya tidak terhad, ikut citarasa masing-masing. Antara ulaman yang digunakan adalah daun selom, daun kesum, daun kunyit, pucuk kadok, pegaga, daun sekentut, pucuk daun kari, pucuk limau purut, pucuk daun mangga, bunga betik, bunga kantan.


Caranya:
Gaul dan ratakan kesemua bahan sedikit demi sedikit dan terhidanglah satu menu warisan dari utara tanahair.


Nasi Ulam Utara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jus Kismis Madu

Artikel Lain