suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mononofu versi Gundam robot gergasi

SHINTO: Seorang jurutera di Jepun merealisasikan impian menghidupkan watak daripada siri animasi kegemarannya 'Mobile Suit Gundam' dengan membina sebuah robot gergasi.

Masaaki Nagumo, 44, menghasilkan LW-Mononofu sebuah robot gergasi berukuran 8.5 meter tinggi dengan berat melebihi tujuh tan di Sakakibara Kikai, sebuah kilang membuat jentera pertanian.

Mononofu dilengkapi kokpit beserta monitor dan tuil untuk pemandu mengawal pergerakan tangan dan kaki.

Robot 'Gundam' gergasi itu juga mampu menggerakkan bahagian atas badannya dan berjalan ke hadapan dan ke belakang disamping pelbagai lagi pergerakan kompleks.

Menurut Nagumo, robot yang diilhamkan daripada siri ikonik itu juga mampu menjana keuntungan.

Sakakibara Kikai turut membangunkan robot dan mesin hiburan yang disewakan pada harga kira-kira 100,000 yen (RM3,602) sejam, untuk pesta ulang tahun dan hiburan lain.- Reuters


Gundam, Masaaki

Artikel Berikut

Artikel Lain