suria

Dana 7 Beckham Jelajah Indonesia Tangani Isu Buli, Keganasan Di Sekolah

Beckham ketika melakukan lawatan ke Indonesia bagi program anjuran Dana 7 dan Unicef berkaitan kes anti buli dan keganasan.

SEORANG daripada tiga kanak-kanak di Indonesia adalah mangsa buli di sekolah dan seiring usahanya membanteras kegiatan itu, legenda bola sepak David Beckham telah melawat republik itu baru-baru ini.

Selebriti dan bekas kapten England itu melancarkan Dana 7 untuk melindungi generasi muda seluruh dunia pada 2015 dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

"Saya berbangga melihat Dana 7 membantu Unicef menangani isu buli dan keganasan di sekolah seluruh Indonesia.

"Ia diharap dapat mencapai matlamat melindungi kanak-kanak terutama perempuan ketika di sekolah bagi membolehkan mereka menimba ilmu dengan tenang," katanya.

Keganasan dan buli adalah antara kebimbangan utama golongan muda di Indonesia dengan lebih satu daripada lima remaja berusia antara 13 dan 15 tahun atau 18 juta pelajar dikatakan telah melalu pengalaman ngeri yang membawa kepada masalah mental hingga memberi kesan kepada pembelajaran mereka.

Dana 7 mengajar kanak-kanak mangsa buli dan pembuli untuk mendidik masyarakat bagi memastikan generasi muda kekal selamat.

"Kejadian buli telah menurun kepada dalam kalangan 7,000 kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program perintis Dana 7.

"Saya meluangkan masa bersama budak perempuan, Sripun yang menyertai program ini bagi menghentikan keganasan di sekolah dan dia mengakui pengalaman yang dilaluinya telah meningkatkan keyakinan dirinya bagi mengelak menjadi mangsa buli," katanya.

Dana yang dinamakan daripada nombor bertuah Beckham ketika bersama England dan Manchester United memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada risiko penderaan, keganasan dan jangkitan penyakit.

Beckham yang juga bapa kepada empat cahaya mata berharap anak-anaknya akan berbangga dengan usahanya melaksanakan Dana 7 di mana programnya dilancarkan di Indonesia, Nepal, Uganda dan El Salvador.-BangkokPost

Beckham, Indonesia, Dana 7

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain