suria

Ingatkan UFO 'Berlian', Rupanya...

Objek yang disangka sebuah kapal angkasa (bulatan merah) menggemparkan penduduk di Los Angeles. - Luis Rodriguez

SEBUAH kapal angkasa (UFO) dilihat terbang dan kemunculannya berjaya dirakam oleh seorang saksi.

Objek aneh itu dilihat terbang dengan halaju tinggi di San Fernando Valley di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Luis Rodriguez yang merakamkan objek itu memuat naik video ke laman YouTube dengan tajuk UFO dan berkata: "Ia tidak seperti mana-mana objek yang saya kenali."

Rakaman itu menunjukkan cahaya terang yang terbang merentasi udara pada suatu jarak dari aras tanah.

Pada permulaan video tersebut, dua objek itu boleh dilihat dengan jelas, namun lama-kelamaan semakin kabur.

Pangkalan Tentera Udara Vandenberg. - Explore Lompoc

Kata Luis: "Saya nampak empat cahaya, satu di depan, dua di tengah dan satu di belakang, ia dalam formasi berlian.

"Ia bergerak laju tidak seperti objek yang saya kenali, kapal terbang dan helikopter tidak mempunyai cahaya seperti itu.

"Jet peribadi juga tidak mengeluarkan asap seperti itu."

Insiden itu dilaporkan bukan kejadian UFO yang pertama berlaku di Los Angeles kerana terdapat sebuah video sebelum ini tersebar pada Disember lalu.

Polis Los Angeles berkata, sekurang-kurangnya 130 orang awam menghubungi talian kecemasan kerana bimbang akan serangan makhluk asing atau serangan misil dari Korea Utara

Namun, objek yang disangka UFO itu sebenarnya pelancaran roket Falcon9 oleh SpaceX dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg yang terletak berhampiran lokasi kejadian dirakam. - Mirror UK

UFO

Artikel Lain