suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kostum Spider-Man Untuk Kanak-Kanak Meletup

Gambar hiasan.

SEPASANG suami isteri mendakwa sehelai kostum watak adiwira Spider-Man yang baharu sahaja dibeli untuk dipakai anak mereka meletup.

Portal berita mirror.co.uk melaporkan letupan itu didakwa berlaku di dalam sebuah bilik yang berpunca daripada kotak plastik bateri yang berfungsi untuk mengeluarkan pancaran cahaya di bahagian dada kostum tersebut.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan bernasib baik kerana ketika kejadian, kostum itu tidak dipakai oleh anak mereka, Stephen Slaughter, 4. 

Kostum itu sepatutnya dipakai Stephen pada majlis Hari Buku Sedunia di sekolahnya.

Letupan berlaku ketika keluarga tersebut sedang menonton televisyen apabila kotak plastik yang mengandungi bateri untuk digunakan untuk mengeluarkan pancaran cahaya di bahagian dada kostum.

Bapa Stephen, Steven, 57, berkata: "Saya mendengar bunyi kuat seperti retakan dan saya ingatkan sesuatu telah berlaku menembusi tingkap rumah.

"Kotak bateri bagi kostum itu kemudiannya terpelanting ke lantai.

"Saya cuba untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati bahagian bawah bateri tersebut telah meletup."

Ibu bapa Stephen yang terkejut dengan kejadian yang berlaku mendesak premis di Thornaby, Middlesbrough di England yang menjual kostum tersebut supaya memulangkan semula wang mereka.

Rangkaian pasar raya itu sedang menyiasat aduan berhubung kejadian yang berlaku. - mirror.co.uk

Spider-Man, kostum

Artikel Lain