suria

Saham Samsung Electronics Jatuh Selepas Apple Menang Kes Saman

SEOUL: Saham Samsung Electronics Co jatuh menjunam lebih 7% pada Isnin selepas syarikat gergasi telekomunikasi Apple menang kes saman harta intelektual.

Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memutuskan bahawa Samsung perlu membayar pampasan berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.15 bilion) kepada Apple.

Mahkamah mendapati bahawa beberapa produk keluaran Samsung telah melanggar aspek paten reka bentuk dan perisian iPhone Apple.

Saham Samsung menurun 7.5 peratus, kejatuhan mendadak dalam tempoh empat tahun.

"Penyelarasan dalam tempoh beberapa hari akan datang tidak dapat dielakkan kerana jumlah kerosakan adalah jauh lebih besar daripada jangkaan pasaran dan terdapat ketidaktentuan seperti kemungkinan larangan penjualan," kata seorang penganalisis di Sekuriti Daishin, John Park.

Penganalisis menjangkakan pendapatan Samsung akan berkurangan kepada 4 peratus tahun ini ekoran tuduhan telah menciplak reka bentuk iPad dan iPhone keluaran Apple.

Artikel Sebelum

Artikel Lain