suria

Tunjuk Perasaan Desak Bebaskan Dua Aktivis

COLOMBO: Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak di ibu negara Sri Lanka bagi menuntut kebebasan dua aktivis hak asasi manusia selepas sebulan mereka hilang ketika bertugas di bekas zon perang.

Kedua-dua aktivitis itu telah menganjurkan satu sidang media untuk organisasi mereka, ‘Pergerakan untuk Perjuangan Rakyat’ di daerah utara Jaffna pada Disember lalu sempena hari hak asasi manusia antarabangsa.

Rakan-rakan sejawat mendakwa mereka diculik oleh tentera namun dakwaan itu dinafikan.

Penunjuk perasaan meletakkan pelekat dan sepanduk pada Isnin bagi menuntut kebebasan ke atas Lalith Kumar Weeraraju berusia 29 tahun dan Kugan Muruganandan, 34 tahun.

Perang sivil selama 25 tahun di Sri Lanka berakhir pada tahun 2009. Kedua-dua tentera kerajaan dan pemberontak etnik Tamil telah dituduh mencabul hak asasi sewaktu konflik berlaku. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain