Keganasan Di London: Enam Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah - Dunia | mStar

Keganasan Di London: Enam Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah

LONDON: Enam lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan terbabit dalam komplot pengeboman, kata polis.

Jabatan Polis West Midlands, berkata penahanan enam lelaki dari Birmingham adalah sebahagian daripada “operasi utama” yang dijalankan Unit Anti Keganasan West Midlands.

Empat lelaki didakwa sebagai perancang keganasan berkenaan dan dua lagi kerana gagal memberikan maklumat termasuk seorang yang turut didakwa membiayai komplot berkenaan. Kesemua mereka berusia di antara 25 dan 32 hadir di Mahkamah Majistret West London, pada Isnin. - AP

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Gegar Laut Banda, Indonesia

Artikel Berikut

Pelajar Islam Tidak Menyesal Protest

Artikel Berkaitan

Artikel Lain