suria

Siapa Pemain Terbaik FIFA?

NEYMAR disenarai pendek disamping Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk kategori Anugerah Pemain Terbaik FIFA yang diumumkan di London pada Jumaat.

Pemain Brazil berusia 25 tahun itu memenangi trofi Copa del Rey bersama Barcelona musim lalu sebelum menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod perpindahan dunia bernilai 198 juta pound sterling.

Ronaldo diangkat calon pilihan untuk memenangi anugerah itu selepas mengemudi Real Madrid memenangi trofi La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu.

Bekas bintang Manchester United itu turut merangkul anugerah tersebut tahun lalu selepas menjuarai aksi Liga Juara-Juara bersama Madrid dan Euro 2016 bersama Portugal.

Ronaldo turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2008 dan muncul juara empat kali trofi Ballon d'Or.

Messi, 30, menjaringkan 54 gol musim lalu ketika membantu Barcelona menjulang trofi Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.

Bintang Argentina itu pernah dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or buat kali kelima sebelum ini.

Sementara itu, Pengurus Real Madrid Zinedine Zidane akan bersaing dengan Antonio Conte (Chelsea) dan Massimiliano Allgeri (Juventus) untuk anugerah jurulatih terbaik.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon pula disenarai pendek bagi kategori Penjaga Gol Terbaik FIFA di samping Keylor Navas (Real Madrid) dan Manuel Neuer (Bayern Munich).

Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis di Palladium London pada 23 Oktober ini.

Undian membabitkan kapten pasukan kebangsaan, jurulatih kebangsaan, media dan penyokong bagi setiap kategori yang dipertandingkan ditutup awal bulan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rooney, Coleen Ke Pawagam

Artikel Lain