suria

Mustafi Setuju Sertai Inter Milan

SHKODRAN Mustafi bersedia tinggalkan Arsenal untuk menyertai Inter Milan hanya selepas setahun bergelar The Gunners, menurut laporan berita di Itali.

Mustafi tiba di Stadium Emirates pada Ogos lalu selepas keluar daripada Valencia melalui nilai perpindahan 35 juta Pound Sterling (RM193 juta), tapi kini dia mahu berpindah sekali lagi.

Laporan Sky Reports Italia mendedahkan bahawa Mustafi ingin kembali ke Itali dan Arsene Wenger masih samar-samar tentang nasib pemain itu ketika ditanya pada Khamis.

Arsenal mempunyai empat pemain bek tengah dalam pasukan pertamanya iaitu Laurent Koscielny, Per Mertesacker, Rob Holding dan Calum Chambers - biarpun Wenger bercadang pasukan itu bermain hanya dengan tiga pemain belakang.

Inter Milan pula dikaitkan dengan beberapa orang pemain pertahanan tengah pada musim ini termasuk daripada Manchester City, Eliaquim Mangala.

Bagaimanapun, mereka dilihat bersetuju untuk mengambil Mustafi walaupun Arsenal mahu menjadikan satu kewajipan kepada Inter untuk membeli pemain itu secara kekal dengan nilai hampir RM193 juta. - Daily Mail

Artikel Lain