Forster Redah Hujan Jadi Pemenang Peringkat Ke-8

Diterbitkan: Isnin, 31 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Hujan lebat sepanjang perlumbaan tidak menjadi penghalang buat pelumba United Healthcare Pro Cycling, Robert Forster untuk menjadi pemenang bagi peringkat kelapan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 dari Kuala Pilah ke Jasin, Ahad.

Forster menamatkan perlumbaan paling jauh dalam kalendar LTdL tahun ini dengan catatan masa 3 jam 23 minit 32 saat, meninggalkan pencabar terdekat Andre Schulza (CCC Polsat Polkowice), dan tempat ketiga oleh pelumba Dene Rogers dari pasukan Giant Kenda Pro Cycling.

"Saya menganggap kemenangan hari ini sebagai tuah kerana sebelum itu tidak meletak sasaran podium kerana saingan sangat sengit diterima sejak perlumbaan dimulakan. Hujan lebat sedikit pun tidak mengganggu kayuhan dan berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan kerana membantu sepanjang perlumbaan ini," katanya selepas tamat perlumbaan.

Menurut Forster kejayaan hari ini sekali gus memberi semangat untuk bangkit melakukan kayuhan dan mengutip kemenangan dalam baki dua peringkat perlumbaan lagi .

Walaupun berjaya menaiki podium, Forster masih gagal untuk menyarung Jersi Kuning (Pelumba Terbaik Keseluruhan) selepas Jonnatha Monsalve dari pasukan Androni Giocattoli merampas jersi yang menjadi rebutan daripada pelumba Le Tua, Libardo Nino Giocattoli.

"Saya sangat gembira kerana Jersi Kuning kini menjadi milik saya. Dalam masa sama, saya juga sedar saingan semakin sengit dalam dua baki perlumbaan ini," jelas Monsalve yang turut mengekalkan Jersi Merah (Raja Bukit) untuk empat hari berturut-turut.

Sementara itu, pelumba Farnese Vini-Nero Sottoli, Andrea Guardini terus menguasai Jersi Biru (Raja Pecut) selepas mengumpul 96 mata keseluruhan, menjarakkan 21 mata dengan pencabar terdekat Anuar Manan (Terengganu Cycling Team).

Bagi Jersi Putih (Terbaik Asia), kedudukan Rahim Emami dari pasukan Azad University Cycling masih belum tergugat selepas mencatat masa keseluruhan 25 jam 03'36".

Manakala kedudukan pasukan terbaik keseluruhan turut dikuasai oleh pasukan Azad University.

Perlumbaan peringkat kesembilan, Isnin akan bermula di Bandar Melaka menuju ke Nilai dengan jarak sejauh 151.7km.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan