Kesilapan Jejas Rentak Chong Hann

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kesilapan mudah menyekat peluang pemain veteran negara, Wong Chong Hann untuk mara ke pusingan kedua apabila tewas kepada Marc Zwiebler dari Jerman 21-15, 15-21, 21-18 dalam perlawanan pusingan pertama pada Rabu.

Perlawanan yang berlangsung selama 58 minit itu menyaksikan Chong Hann melakukan beberapa kesilapan untuk memberi mata mudah kepada lawan meskipun berjaya mengheret permainan ke set ketiga.

"Saya banyak membuat kesilapan sehingga memberi mata mudah kepadanya (Marc). Jadi saya amat kecewa kerana gagal beraksi di tahap sebenar," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.

Chong Hann turut mengakui tidak berpuas hati dengan persembahannya pada hari ini dan sudah menduga persaingan pasti sengit kerana mereka pernah bertemu sesama sendiri sebelum ini.

Mengulas mengenai prestasi pemain muda negara dalam kejohanan ini, pemain berusia 34 tahun itu memberitahu tahap permainan yang ditonjolkan barisan pemain muda kurang memuaskan apabila terkeluar awal pada perlawanan kelayakan pertama, Selasa.

"Saya belum nampak lagi mereka yang betul-betul menonjol. Semua pemain ada peluang tetapi mereka perlu bekerja lebih keras untuk memperbaiki prestasi masing-masing," ujarnya.

Pelbagai faktor mungkin menyumbang kepada prestasi tidak menentu barisan pemain muda negara tetapi Chong Hann menaruh harapan tinggi untuk melihat mereka meningkatkan corak permainan di samping menggesa mereka berlatih dengan lebih kuat lagi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan