KAFA Sumbang RM2.4 Juta Kepada FAM Musim 2009 - Annuar

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyumbang kira-kira RM2.4 juta secara langsung dan tidak langsung kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini, kata Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, sumbangan itu diperolehi FAM melalui pungutan jualan tiket, bayaran levi dan denda yang dikenakan ke atas Kafa sepanjang perlawanan musim ini.

Beliau berkata, pada musim ini, Kafa membayar denda RM250,000 kepada FAM setelah didapati bersalah akibat perbuatan penonton Kelantan yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA April lalu, termasuk RM50,000 pada perlawanan akhir Piala Malaysia, 7 November lepas.

"Senario ini memperlihatkan Kafa satu-satunya pasukan yang paling tinggi memberi sumbangan kepada FAM melalui pelbagai hasil dalam bola sepak di negara ini," katanya pada majlis memperkenalkan 25 pemain Kelantan dalam skuad "The Red Wariors" Musim 2010 di Kelantan Trade Center (KTC), di sini hari ini.

Menurutnya, hasil kutipan jualan tiket tertinggi pula diperolehi menerusi jualan tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan baru-baru ini iaitu sebanyak RM1.1 juta.

Katanya, dalam mesyuarat Kafa hari ini, pihaknya juga mengambil keputusan tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan oleh FAM baru-baru ini.

Pada perlawanan akhir itu Kelantan tumpas kepada Negeri Sembilan 1-3.

Selain itu, Annuar memberi jaminan Kafa akan menaikkan gaji atau elaun barisan pemain dan pengurusan Kafa pada musim akan datang bagi memantapkan lagi pasukan pada musim baru itu.

Pada musim 2010 Kafa mengekalkan 19 pemain-pemain musim ini dan menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan penyerang Khalid Jamlus.

Pemain baru pasukan itu terdiri daripada penjaga gol kebangsaan Syed Adney, pemain kebangsaan Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Shakir Shaari, Nor Sharul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan Chantura Suppiah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan