suria

Ungku Ismail kesal tidak dapat penuhi hasrat Erra Fazira - “Pemilihan Shahir sudah ketentuanNya”

Ungku Ismail sedih tidak dapat bekerjasama dengan Erra dalam video klip terbaru penyanyi itu.

PELAKON Ungku Ismail meluahkan rasa kesal apabila tidak dapat bekerjasama dengan Erra Fazira dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi itu berjudul Menangkah Cinta.

Menurut pemilik Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 34, tiada istilah dia menarik diri namun salah satu tarikh yang diberikan untuk jalani penggambaran video klip itu bercanggah dengan jadualnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan strategi untuk gimik murahan” - Erra Fazira terkejut Shahir terima ‘lamarannya’

“Tak mungkin saya tarik diri kalau dah Erra Fazira, sudah tentu la memang saya nak sangat berlakon dengan dia tapi disebabkan tarikh penggambaran itu bercanggah dengan jadual saya.

“Penggambaran itu mereka nak buat hari Sabtu dan Rabu. Sabtu saya okey tapi Rabu saja yang tak boleh tapi saya ada mesej bertanyakan untuk tukar hari lain.

Ungku Ismail hanya mengetahui Shahir sebagai penggantinya selepas menonton video klip tersebut.

“Tapi memang tak boleh sebab mereka dah tentukan hari itu saja. Kalau bukan sebab itu, memang saya setuju dah,” kata Ungku Ismail kepada mStar.

Ungku ditemui ketika sidang media pelancaran Anugerah Skrin 2019 yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc KL, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Erra memberitahu Ungku Ismail sepatutnya berlakon dengannya untuk video klip Menangkah Cinta namun berlaku perubahan disaat akhir dan pelakon Shahir menjadi pilihan.

Apa saja untuk Erra sebab saya suka sangat bekerja dengan dia. Bagi saya, dia antara orang lama dan dapat bertahan dalam industri sehingga kini.

UNGKU ISMAIL

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama popular Aku Yang Kau Tinggalkan ini memberitahu dia hanya mengetahui bahawa Shahir menjadi penggantinya selepas menonton video muzik itu yang dilancarkan pada 9 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Ungku Ismail menganggap pemilihan Shahir itu adalah ketentuan Allah dan dia juga berharap dapat peluang bekerjasama lagi dengan Erra Fazira.

Ungku berharap dapat bekerjasama dengan Erra lagi selepas ini.

“Saya tahu Shahir berlakon dalam video itu selepas menontonnya pada hari dilancarkan. Mungkin sudah ketentuanNya. Tapi saya harap selepas ni dapat peluang untuk berlakon dengan Erra.

“Apa saja untuk Erra sebab saya suka sangat bekerja dengan dia. Bagi saya, dia antara orang lama dan dapat bertahan dalam industri sehingga kini.

“Saya pernah bercinta dan berkahwin dengan dia dalam drama, sudah tentu saya nak lagi,” ujarnya.

Ungku Ismail, Erra Fazira, Shahir

Artikel Lain