suria

Enam pasangan selebriti popular jadi hos ASK2019

Enam pasangan selebriti dipilih kendalikan ASK2019.

ENAM pasangan selebriti bakal mengendalikan malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 November depan.

Barisan selebriti tersebut iaitu Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatillah Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin, serta Elly Mazlein dan Shuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Mujur drama ‘Nur’ menang ASK 2018, kalau tidak... - Pengarah

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan dan Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin,  ASK2019 masih mengekalkan konsep yang sama iaitu tidak menampilkan hos utama seperti tahun lalu selepas mendapat maklum balas yang positif.

“Susulan mendapat maklum balas yang positif dari tahun lalu, ASK2019 masih mengekalkan konsep yang sama iaitu tidak menampilkan hos utama.

“Enam pasangan selebriti popular dan sensasi akan berperanan sebagai penyampai anugerah untuk mengacarakan malam kemuncak nanti,” katanya kepada mStar.

Antara selebriti yang hadir majlis sidang media ASK2019.

Sidang media pelancaran Anugerah Skrin 2019 itu diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, Teh Linc KL, Kuala Lumpur pada Rabu.

Secara keseluruhan, ASK2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Malam ASK2019 bakal menyaksikan 24 kategori dipertandingkan manakala pemenang tujuh lagi kategori iaitu bukan drama akan diumumkan dalam slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2019 pada Ahad depan bermula 12 tengah hari.

Sebanyak 17 drama bakal dinilai sebagai Drama Terbaik iaitu Neraka Kasih Maisarah, Bebaskan Anak Kita, Titi Kayu, Restu Ayah, Terima Kasih Ibu, Remuk, Samad Tedung, Wakaf Dosa, Batik Zakiah, Sirna, Batin Aram-Aram, Di Sisi, Detektif Kemon, Dia Tidak Berdosa, Lalang, Terlingkah dan Sesekali.

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) yang tercalon pula adalah Leftenan Zana, Kamar Kamariah, Nur 2, Pia, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Sara Kirana.

Bagi Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina yang tersenarai ialah The Promise, Sweet Dilicacy, My Sensei Nyonya dan Super Mischevous MIL.

Untuk Filem Terbaik, karya yang dicalonkan ialah Paskal, Gol & Gincu Vol 2, One Two Jaga, Polis Evo 2, Hantu Kak Limah, Operasi X, Misteri Delaila, Munafik 2, Tikin, Tiada Tajuk dan Langsuir.

Berikut ialah senarai kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2019.

1. Drama Terbaik

2. Pengarah Terbaik Drama

3. Lakon TV Terbaik

4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama

5. Pelakon Wanita Terbaik Drama

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

8. Drama Rantaian Terbaik

9. Pelakon Komedi Terbaik

10. Drama Komedi Terbaik

11. Videografi Drama Terbaik

12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)

13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)

14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)

15. Rancangan Majalah Terbaik

16. Rancangan Realiti Terbaik

17. Rancangan Anugerah Terbaik

18. Filem Terbaik

19. Lakon Layar Terbaik

20. Pengarah Terbaik Filem

21. Pelakon Wanita Terbaik Filem

22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem

23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

ASK2019, Anugerah Skrin 2019

Artikel Lain