Samsung Galaxy S8 Red Pula - Niaga | mStar

Samsung Galaxy S8 Red Pula

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Samsung Electronics Co, akan memulakan jualan telefon pintar terbaharunya Galaxy S8 Red pada minggu depan, yang dijangka akan bersaing dengan iPhone X, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Gergasi teknologi Korea Selatan tersebut berkata pada Selasa, Galaxy S8 baharu akan dijual mulai 28 November, empat hari selepas pelancaran jualan iPhone X di negara itu.

Model Galaxy S8 mula dijual pada April lepas.

Menurut Samsung, pihaknya belum memutuskan sama ada versi baharu Galaxy S8 Red itu, akan dijual ke pasaran luar negara.

Samsung mengukuhkan langkah pemasarannya berikutan keluaran terbaru iPhone 8 dan iPhone X oleh syarikat Apple Inc.

Sementara itu, tiga syarikat penjual telefon pintar Korea Selatan berkata, iPhone X habis dijual hanya beberapa minit selepas tempahan awal dibuka.

Tags / Kata Kunci: Samsung , S8 Red
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan