Firma Malaysia Jana RM126 Juta Potensi Jualan Di AS

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia menjana RM126 juta nilai potensi jualan pada pameran perdagangan Semicon West di San Francisco, Amerika Syarikat, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Dalam kenyataan pada Jumaat, Matrade berkata produk separa konduktor buatan Malaysia diterima baik di pameran berkenaan yang berlangsung pada 11 hingga 13 Julai 2017.

“Enam syarikat terlibat dalam pameran perdagangan berkenaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada rakan niaga yang antaranya dari AS, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda,” katanya.

Menurut Matrade, acara tersebut mempamerkan produk seperti kabel, kejuruteraan komunikasi, teknologi komputer dan komunikasi, komunikasi data, komponen elektrik dan aksesori serta kejuruteraan elektronik.

"Produk dan perkhidmatan utama Malaysia yang diperoleh pada pameran itu ialah perkhidmatan pembuatan kontrak pengeluar peralatan tulen, reka bentuk dan pemasangan serta fabrikasi bahagian dan komponen.

"Yang lain adalah sub-sistem atau komponen, kawalan atau kemudahan kilang, perisian, produk sokongan dan elektronik pengguna atau paparan," katanya.

Ia berkata tahun ini merupakan tahun kesembilan penyertaan Malaysia dalam acara yang terkenal ini dan semasa pameran itu, agensi itu telah menganjurkan sesi jualan untuk syarikat-syarikat tersebut.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Semicon West , Matrade

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan