Malaysia Airlines Terima Sijil Fast Travel Green IATA

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama Malaysia menerima sijil Fast Travel Green Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia mengiktiraf usaha syarikat penerbangan itu bagi menjadikan perjalanan penumpang lebih fleksibel dan selesa menerusi kemudahan layan diri. 

Malaysia Airlines memperoleh rangking Green itu dengan memenuhi lima daripada syarat-syarat, iaitu daftar masuk, beg yang telah siap sedia, tempahan semula penerbangan, menaiki sendiri pesawat dan pengembalian beg. 

Sijil tersebut diserahkan oleh Pengurus Kawasan IATA bagi Singapura, Malaysia, Brunei, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives, Sunil Chopra, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew di Ibu Pejabat syarikat penerbangan itu di Sepang.

"Kami gembira menjadi syarikat penerbangan pertama Malaysia menerima sijil  Fast Travel Green IATA. 

"Pencapaian ini menandakan satu lagi kejayaan utama ketika kami berusaha menambah baik keselesaan penumpang dan keseluruhan kecekapan operasi syarikat penerbangan," kata Bellew dalam satu kenyataan, Khamis.

Perkhidmatan itu sejajar dengan strategi Malaysia Airlines untuk menggunakan teknologi bagi mempermudahkan dan mengurangkan masa daftar masuk, memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan.

Malaysia Airlines sudahpun berusaha ke arah mendapatkan status 'emas' yang akan memerlukan pelaksanaan pengesahan dokumen perjalanan sendiri bagi penumpang. 

Menjelang 2020, IATA menyasar 80 peratus penumpang global ditawarkan kemudahan layan diri lengkap sepanjang perjalanan mereka, berdasarkan kepada standard industrinya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines , Green , IATA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan