2016: Khazanah Nasional Catat Untung Sebelum Cukai RM1.56 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 6:50 PM

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar (kanan) bersama membentangkan laporan Prestasi Kewangan dan Strategik bagi tahun 2016 dan Prospek 2017 di Khazanah Nasional Menara Berkembar Petronas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd, yang mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM1.56 bilion pada 2016, naik 32 peratus berbanding RM1.18 bilion pada 2015, mengumumkan dividen sebanyak RM650 juta.

Bagaimanapun, portfolio nilai aset boleh direalisasi susut sebanyak 3.4 peratus kepada RM145.1 bilion setakat 31 Dis, 2016 daripada RM150.2 bilion tahun lepas, kata Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar, Jumaat.

Cabang pelaburan kerajaan itu membuat pelaburan berjumlah RM6.9 bilion pada  2016, dengan tumpuan terhadap inovasi dan teknologi serta keuntungan jualan sebanyak RM2.6 bilion tahun lepas.

Pada sidang akhbar hari ini, beliau berkata persekitaran pasaran dan perniagaan global yang tidak menentu serta kompleks dijangka berterusan pada 2017.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Khazanah Nasional

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan