Hong Leong Bank Perkenal Permohonan Pinjaman Dalam Talian

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd memperkenalkan platform permohonan pinjaman kenderaan dalam talian yang dikenali sebagai Loan2Go.

Ini menjadikan HLB sebagai bank pertama di Malaysia yang mewujudkan aplikasi  permohonan pinjaman dalam talian yang mampu memproses pembiayaan kenderaan yang dihantar daripada tablet oleh pasukan jualan.

Pengarah Urusan Kumpulan HLB Domenic Fuda dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata HLB sedang beralih ke arah pendigitalan sehingga ke teras, sambil menambah, aplikasi ini akan meningkatkan kelajuan dan kualiti penyampaian bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang. 

"Langkah kami untuk memperkenalkan platform permohonan pinjaman dalam talian ini merupakan sebahagian daripada usaha bank bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui proses pendigitalan," katanya.

Langkah ini juga akan membolehkan HLB memaksimumkan masa dan fokus pasukan jualan pinjaman kenderaannya ke atas penjanaan jualan, seterusnya, menyumbang kepada produktiviti keseluruhan pasukan.

"Dengan kelulusan di tangan, pelanggan akan mempunyai keyakinan untuk melengkapkan permohonan pinjaman kenderaan mereka dengan HLB.

"Ketiganya, pengedar kami akan dapat memuktamadkan jualan separuh dari masa yang diperlukan memandangkan permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa dari Isnin hingga Ahad," katanya.

Loan2Go merupakan satu lagi contoh strategi inovasi digital pelbagai serampang HLB, yang dibuat seiring dengan pengumuman usahasama dengan sektor perniagaan Malaysia melalui Rangkaian Budiman baru-baru ini bagi menyokong dan membangunkan syarikat permulaan serta perniagaan yang terlibat dalam penggunaan teknologi tempatan dan program mentor. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Hong Leong , Domenic Fuda

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan