suria

FAMA Wujud Pasar Tani Kekal Di Kulim

GAMBAR HIASAN

KULIM: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal mewujudkan Pasar Tani Kekal di kawasan seluas 0.5 hektar milik Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA) bersebelahan Taman Cendana, di sini tidak lama lagi.

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya sedang mengeluarkan tawaran kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan tapak dan ia terhad kepada 100 peserta sahaja.

"Sehingga kini di Kedah kita ada pasar tani kekal di Guar Chempedak, Changlun, Sungai Petani dan Kuala Kedah. Penambahan sebuah lagi pasar ini mampu memenuhi keperluan penduduk di Kulim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Mingguan, di sini pada Selasa.

Beliau berkata melalui pasar tani kekal, usahawan setempat dapat menjalankan perniagaan setiap hari selain memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan produk  segar. -  BERNAMA

FAMA, KEDA

Artikel Sebelum

Artikel Lain