BSN Sasar RM3.6 Bilion Jumlah Deposit Bagi SSP 2016

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan jumlah deposit sebanyak RM3.6 bilion bagi Sijil Simpanan Premiumnya (SSP) pada tahun ini.

Naib Presiden Kanan/Ketua Perniagaan Runcit dan Komuniti BSN Datuk Mearia Hamzah berkata setakat ini, ia telah mencecah RM3 bilion dan baki RM600 juta deposit akan didorong melalui pengenalan Cabutan Khas SSP, menawarkan RM1 juta setiap bulan, mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2016.

"Terdapat juga ganjaran utama lain yang akan ditawarkan dalam bentuk kereta mewah untuk cabutan bulanan dan ganjaran SSP RM10,000 bagi kategori Cabutan Junior," katanya kepada pemberita pada cabutan SSP bagi April 2016 di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, Chai Nam Kiong dari Kuala Lumpur memenangi BSN SSP RM1 juta di bawah kategori Cabutan Khas, manakala bagi kategori Cabutan Bulanan, ia dimenangi oleh Tengku Noraini Tuan Jaffar dari Kelantan, menerima Mercedes Benz C200 dan bagi Cabutan Junior, ia dimenangi oleh Muhammad Izzul Afiq Zulkifli, yang membawa pulang BSN SSP RM10,000.

Pada akhir 2015, dilaporkan BSN mempunyai sejumlah 9.1 juta pelanggan menyumbang RM13.8 bilion dalam deposit runcit.

"Sasaran kami bagi deposit runcit untuk 2016 adalah RM15 bilion dan SSP akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan deposit runcit," katanya.

Mengenai prospek perniagaan runcit dan komuniti pada tahun ini, katanya berdasarkan senario ekonomi yang mencabar, BSN akan menggalakkan simpanan melalui semua salurannya dan memanfaatkan asas pelanggannya yang besar pada masa ini.

"Kami akan menumpukan kepada pelan taktikal untuk menjana deposit daripada penyimpan sedia ada dan menarik penyimpan baharu," katanya.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: BSN , Cabutan Khas SSP

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan