Petronas Perkukuh Pasaran LNG Di China Dengan Sambungan Kontrak Jovo

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak negara, Petronas baru-baru ini memuktamadkan kontrak sambungan dengan Jovo Group Co Ltd yang berpangkalan di Guangdong, dengan itu mengukuhkan pasaran gas asli cecair (LNG) syarikat itu di China.

Sambungan itu akan memastikan peningkatan yang stabil bekalan LNG kepada Jovo sehingga sekurang-kurangnya 2023 ketika syarikat itu mengembangkan pasaran hiliran bagi memenuhi permintaan pengguna di China, kata Petronas dalam satu kenyataan di sini.

Jovo memiliki dan mengendali terminal LNG Dongguan yang berpangkalan di Guangdong, selatan China, di mana kestabilan bekalan dan penetapan harga yang kompetitif adalah asas kepada strategi pertumbuhannya.

"Penyambungan kontrak ini membuktikan Petronas menghargai budaya China untuk bekerjasama dan memahami apa yang diperlukan untuk pembeli LNG China berkembang dan berjaya dalam pasaran ini.

"Kami sudah berada di sini sejak peringkat awal Jovo dalam pasaran LNG dan kami akan berada di sini untuk menyokong mereka terus berkembang," kata Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG Petronas, Ahmad Adly Alias.

Menurutnya, dengan disokong oleh porfolio bekalan yang kukuh dan stabil, Petronas merancang untuk mengembangkan kehadirannya di China dengan meningkatkan bekalan LNG kepada pembeli sedia ada dan mengembangkan asas pelanggannya.

Diiktiraf sebagai pembekal yang fleksibel dan boleh dipercayai, Petronas yang beroperasi dari pangkalan bekalan utama di Bintulu, Sarawak, telah berjaya melakukan penghantaran konvensional ke Yangshan, penghantaran separa kargo ke Dongguan dan penghantaran kapal kecil ke Shanghai Wuhaogao dan Hainan Macun.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jovo Group , LNG , China , Petronas

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan