Kedah Buka Tender Urus Insinerator Di Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah akan membuka tender kepada syarikat-syarikat yang berwibawa untuk menguruskan loji pelupusan sampah (insinerator) yang terletak di Pulau Langkawi, persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Badan-badan Bukan Kerajaan Datuk Badrol Hisham Hashim berkata insinerator yang terletak di Kampung Belanga Pechah, Kuah yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2012 terpaksa dihentikan enam bulan kemudian akibat masalah operasi.

"Insinerator itu telah dibina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun akibat beberapa masalah pengurusan, ia terpaksa dihentikan enam bulan selepas mula beroperasi.

"Ini kerana terdapat masalah teknikal dan kos operasi, jadi bagi mengatasi masalah itu, kita akan buka tender kepada syarikat yang berwibawa untuk mengambil alih dan memastikan insinerator itu beroperasi kembali," katanya ketika menjawab soalan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah).

Badrol Hisham berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana sedar isu kebersihan sangat dititikberatkan di Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan.

"Kita sedar penting untuk menguruskan sampah di Langkawi dan sekiranya tender bagi menguruskan insinerator itu muktamad, ia dapat menyelesaikan masalah yang timbul," katanya.

Insinerator sebanyak dua unit yang terletak di Kampung Belanga Pechah, Kuah itu mula dibina para 18 Mac 2008 dan mula beroperasi pada 22 Mei 2012.

Insinerator yang beroperasi dengan membakar bahan buangan sebanyak 100 tan sampah sehari mampu menjana tenaga sehingga 1 megawatt dan sepanjang beroperasi, sebanyak 30,000 tan sampah telah dilupuskan.

Tags / Kata Kunci: Langkawi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan