PMI Pembuatan China Susut Ke Paras Terendah

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 12:53 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Aktiviti pembuatan China pada April susut ke paras terendah dalam tempoh 12 bulan kepada 49.2 berbanding bacaan akhir 49.6 pada Mac berdasarkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang dikeluarkan oleh HSBC pada Khamis.

Bacaan PMI melepasi 50 mata menunjukkan pengembangan dalam aktiviti sektor pembuatan.

Pakar ekonomi di Markit, Annabel Fiddes berkata kedudukan operasi dalam sektor pembuatan di China merosot sedikit bagi bulan kedua berturut-turut pada  April, dengan bacaan awal PMI susut ke paras terendah dalam tempoh setahun.

"Pengeluaran meningkat sedikit, manakala jumlah perniagaan baharu merosot bagi bulan kedua berturut-turut.

"Keadaan permintaan yang agak lemah disebabkan oleh pengukuhan tekanan  deflasi dalam sektor ini, dengan harga masuk dan keluar susut pada kadar yang lebih cepat," kata Fiddes dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata pengurangan pekerja secara menyeluruh dalam sektor pembuatan dicatatkan buat bulan ke-18 berturut-turut.

"Bagaimanapun, permintaan dari luar negara semakin meningkat pada April, dengan angka eksport meningkat buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Pertumbuhan China susut kepada 7.4 peratus pada 2014, kadar paling rendah dalam tempoh 24 tahun, namun negara ini menetapkan unjuran pertumbuhan kira-kira 7 peratus tahun ini.

Tags / Kata Kunci: China , PMI

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan