Affin Hwang Capital Kekalkan Saranan 'Beli Lebih' Ke Atas Sektor Utiliti

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Capital mengekalkan saranan  'beli lebih' ke atas sektor utiliti berdasarkan kualitinya yang defensif serta pendapatannya yang baik, walaupun kedudukan pasaran ekuiti turun naik.

Dalam maklumat terkini mengenai sektor berkenaan, firma penyelidikan itu berkata ia kekal positif ke atas Tenaga Nasional Bhd (TNB), sebagai proksi utama Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), berdasarkan model perniagaan berdaya tahan serta aliran tunai yang baik.

Firma penyelidikan itu berkata fokus utama TNB ialah potensi kenaikan tarif pada Julai 2015 hasil daripada pelaksanaan kos melepas yang tidak seimbang (ICPT).

Firma penyelidikan itu melihatnya sebagai berkemungkinan walaupun kenyataan  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyebut kerajaan akan mengekalkan tarif elektrik semasa sehingga Jun 2015.

"Tawaran Awam Permulaan (IPO) Edra Global Energy (dahulu dikenali sebagai 1MDB Energy) dan Malakoff pada separuh pertama 2015, akan menjadikan sektor itu sebagai tumpuan.

"Kami juga yakin ke atas MMC Corp Bhd dan melihat penyenaraian semula 51 peratus milik Malakoff sebagai pemangkin dengan mengurangkan nisbah hutang di peringkat syarikat pegangan dengan ketara dan oleh itu meningkatkan pendapatan daripada kos kewangan yang rendah," katanya.

Firma penyelidikan itu juga berkata susulan pelupusan aset air Puncak Niaga, yang mungkin dimuktamadkan pada suku pertama 2015, Puncak perlu menggunakan aset air berjumlah RM1 bilion itu secara bijak.

"Selepas pelupusan aset air, perniagaan minyak dan gas Puncak (O and G) merupakan penyumbang hasil terbesar namun industri itu berhadapan cabaran disebabkan kejatuhan harga minyak.

"Kami percaya terhadap kemungkinan penggabungan dan pengambilalihan dalam segmen O and G, namun belum ada yang disahkan setakat ini," katanya.

TNB kekal sebagai pilihan utama firma penyelidikan itu dan mengulangi saranan 'beli' pada harga sasaran RM16.50 kerana yakin kejayaan pelaksanaan kawalan berasaskan insentif akan menarafkan semula saham itu kepada harga sasaran.

Ia juga mengulangi saranan 'beli' ke atas MMC pada harga sasaran RM3.20 berdasarkan potensi pemulihan dalam kedudukan kewangannya.

Mengenai YTL Power, firma penyelidikan itu juga mengulangi saranan 'beli'  pada harga sasaran RM1.84, dan menambah jika YTL Power mengekalkan pembayaran dividennya, saham itu akan menarik pelabur yang mahukan pulangan tinggi. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Affin Hwang Capital , TNB , KLCI , sektor utiliti

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan