Proton Sedia Kerjasama Bagi Projek Kereta Asean - CEO

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 1:19 PM

Abdul Harith Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta Malaysia, Proton, sedia untuk bekerjasama dalam projek kereta Asean.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd Datuk Abdul Harith Abdullah berkata Asean merupakan pasaran berkembang terbesar selepas China, dan negara-negara Asean perlu melindungi kawasan pasaran sendiri dengan mengeluarkan produk sendiri.

"Kami amat gembira untuk memperluaskan pasaran kami ke bahagian-bahagian lain negara Asean dengan kerjasama negara-negara berkenaan, dalam mengembangkan lagi jenama kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek kereta Asean, perkara yang telah dibincangkan oleh pemimpin Malaysia dan Indonesia pada Oktober lepas.

Pada 20 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu akan menjadi 'impian yang menjadi kenyataan' setelah Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo menyatakan minat dalam melaksanakan idea yang diilhamkan oleh Malaysia.

Selepas bertemu Jokowi di Jakarta semasa menghadiri istiadat mengangkat sumpah Presiden Indonesia itu, Najib berkata Proton dijangka terlibat dalam projek tersebut.

Abdul Harith berkata sebagai sebuah syarikat Malaysia dan jenama isi rumah kepada industri tempatan, Proton akan terus menyalurkan tenaga dalam merealisasikan objektif strategik kerajaan.

CEO itu berkata Proton sudah menjadi kereta Asean memandangkan tiada negara lain dalam Asean yang mempunyai kemudahan pengeluaran mereka sendiri yang menghasilkan kereta jenama tempatan, tidak seperti Proton dan Malaysia.

"Proton sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana negara yang mahu berkembang bersama-sama dengan kami, dengan persetujuan Kerajaan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Abdul Harith berkata 2015 akan menjadi satu lagi peristiwa penting bagi Proton memandangkan tahun berkenaan menandakan 30 tahun kereta nasional pertama Malaysia.

"Jelas sekali, Proton telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun ini dan oleh itu, kami ingin memberikan penghargaan kepada setiap rakyat Malaysia yang telah memainkan peranan penting dalam menjadikan Proton jenama isi rumah di negara ini, dan juga dalam di rantau ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: Proton , Asean

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan