Shapadu Putrajaya Haven Bernilai RM700 Juta Bakal Dibina

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 6:53 PM

Shapadu Putrajaya Haven

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Shapadu Boulevard Sdn Bhd, anak syarikat hartanah Shapadu Group, akan melaksanakan projek pembangunan bercampur dikenali sebagai Shapadu Putrajaya Haven dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan bernilai RM700 juta.


Pembangunan 120,000 meter persegi, yang pertama seumpamanya di Putrajaya, akan mengandungi kompleks beli-belah, ibu pejabat Shapadu, 150 unit kondominium mewah di samping beberapa hotel lima bintang, menjadikan syarikat itu yang pertama melaksanakan projek hartanah bercampur-campur di sepanjang jalan lingkaran Persiaran Perdana sepanjang 4.2 kilometer itu.

Pengarah Urusan Shapadu Corp, Shafiz Shahrani berkata, projek itu akan dibangunkan di atas tanah 2.3 ekar (0.93 hektar) bersebelahan Kementerian Kewangan di Presinct 2.

Tanah itu dibeli daripada Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) dengan harga kira-kira RM40 juta.

"Ketika ini kami perlu mengemukakan pelan pembangunan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagai pihak berkuasa tempatan di Putrajaya, dan jika diluluskan, Shapadu akan memulakan projek itu awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek berkenaan di sini, Isnin.

Projek itu dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada majlis dihadiri Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Shapadu, Datuk Rosthman Ibrahim.

"Projek itu dijangka dibangunkan seawal tahun depan dan siap dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Beliau berkata, Shapadu yang diasaskan pada 1972, dipilih sebagai pembeli dan pemaju tanah milik PPj di Persiaran Perdana disebabkan kebolehan dan pelan pembangunannya.

"PPj membuat pemilihan rapi pemaju serta pelabur yang ingin membeli tanah di Putrajaya kerana mereka sangat mengambil berat mengenai kualiti setiap projek," katanya.

Sementara itu, Aseh berkata, kira-kira 360 hektar tanah di Putrajaya masih kurang dimajukan dan PPj sangat selektif dalam memilih pemaju dan pelabur kerana mereka hanya mahu pemaju yang benar-benar berkelayakan di pusat pentadbiran persekutuan berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Shapadu Boulevard Sdn Bhd , Putrajaya

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan